Wahai Zulkifli

Assalamu'alaikum...Semoga ruangan ini memberi sedikit manfaat dan berkongsi cerita dengan anda semua..ehehe

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H

Alhamdulillah.... pejam celik sekejap je masa berlalu. Sempena kehadiran tahun baru Islam ini saya ingin mengucapkan semoga anda semua sentiasa sihat dan bahagia sentiasa. Sempena bulan muharam ini juga mari la kita berpuasa seperti yang diriwayatkan;


“Puasa yg paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim dr Abu Hurairah r.a.)


Sama2 la kita amalkannya....:)


Sebelum tahun baru tu meh la kita baca doa ni dulu selepas asar dan selepas mahgrib



Doa Akhir Tahun (Baca selepas solat Asar 29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010 - Isnin) :


 Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun (Baca selepas solat Maghrib 6 Disember 2010 - Isnin) :


Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Amin...

Renung2kan dan selamat beramal...  : )