Wahai Zulkifli

Assalamu'alaikum...Semoga ruangan ini memberi sedikit manfaat dan berkongsi cerita dengan anda semua..ehehe

Friday, December 30, 2011

Kata Kata Lain Hati Kata Lain

kadang2 seseorang lelaki atau perempuan itu berkata2 dengan keluar dari mulutnya. Dan apa perkataan yang keluar itu bukanlah sebenar dari hatinya.... Entahlah, mungkin ingin mengelakkan seberang kesalah fahaman antara mereka. Apabila mendengar berita yang kurang menyenangkan, kadang2 kita tidak akan  menyatakan apa yang terbuku dihati kita. hmmmm... Demi kebahagiaan orang lain juga kita menyatakan perkara yang berbeza dan mengiyakan walaupun kita tidak menyukai seseuatu perkara itu dari dalam hati kita. 


Wednesday, December 28, 2011

tok tek tok tek....sekejap je masa berlalu...

Wah,... cepat benar masa berlalu.... pejam celik dah nak masuk tahun 2012. Umur pun dah meningkat tua, kawin pun belum lagi... sedikit mase lagi stabil la kehidupan ni. Hmmm... kiranya dah masuk 2 bulan bekerja dengan NAJ Corporation Sdn Bhd... nak kata sibuk pun tak juga,,, gaji pun berbaloi la... tp semua keje kena buat. Haish! kwsp dan perkeso pun sykt tak daftar lagi.. semua kena buat sendiri. pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan pelbagai lagi. oh ye.. projek pun kena jenguk2 juga. walaubagaimanapun, pejabat still dalam proses pembinaan, dah siap 95%. Sikit lagi siap la... ape2 pun setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah ibadah... Selamat bekerja!!!

Ni lah logo syarikat ....huhu

Tuesday, November 15, 2011

NAJ Corporation Sdn Bhd.....

Sebuah syarikat yang telah lama ditubuhkan tetapi sistem pentadbiran yang masih lagi dalam pemprosesan. Syarikat ini merupakan syarikat yang membuat projek perumahan. Saya ditugaskan untuk menguruskan syarikat tersebut dari pelbagai aspek, termasuklah aset syarikat, keluar masuk wang, sumber manusia dan sebagainya. Pejabat juga baru dibina dan memerlukan sedikit pengubahsuaian lagi. 

Pekerja Bangladesh juga berkerja disyarikat ini dalam bidang buruh, dan kerja mereka adalah memenatkan.. Ada suatu ketika saya cuba merapati mereka, pekerja tersebut juga ramah dan tidaklah sombong. Kadang-kadang saya hairan kenapa sesetengah orang malaysia tidak suka akan rakyat bangladesh. oh, mereka yang datang ke malaysia untuk tujuan bekerja ni sebenarkan amat rajin dan mereka tidak suka menangguhkan kerja mereka... Itu sahaja buat  masa ini. Sekian


Monday, November 14, 2011

I miss you....

Monday, November 7, 2011

Kata-kata yang tak seberapa

Adakah kamu akan memilih seseorang lelaki yang berpayung akan melindungi dirimu daripada hujan atau kamu memilih seseorang lelaki yang sanggup mengharungi hujan bersama-sama kamu? 



Tidak memahami isi hati seseorang boleh dikatakan lebih teruk daripada seseorang itu buta huruf...




Tidak perlulah memadamkan dakwat pen yang ditulis di atas kertas kerana ia akan merosakkan kertas tersebut. Jadi tampal lah kertas baru di atasnya bagi tidak merosakkan kertas yang lama mahupun yang baru, dakwat yang lama itu bolehlah dijadikan kenangan yang tidak dipadam...


Semakin kerap berjumpa, semakin kita memerlukan..... lihatlah ia ketika bersorangan di tempat yang asing



Rujukan: Pengalaman yang mendewasakan kita...


Tuesday, July 19, 2011

Dah nak masuk Ramadhan

Pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan. sekejap je masa berlalu. umur pun dah tua...ishk3.... ble dah sampai zon umur 25thn ni, semua dah jadi serius...hehe... duit, jodoh, tanggungjawab semua bermain dalam fikiran. Tapi, itu lah kehidupan yang semua orang akan lalui. Dalam mencari kerja pulak, tak akan berhenti untuk terus mencari sehingga dapat yang betul2 padan dengan jiwa. Alahai... bisnes ternak kambing pun tak sattle2 lagi.... betullah orang kata, kita kena bersusah2 dulu barulah kita akan berjaya kelak. Kepada ushawn muda diluar sana teruskan usaha, takpe susah dulu.

hurmmm, demi masa depan saya akan cuba berusaha dengan bersungguh2 untuk berjaya, tak kisah lah apa jua bidang pun.

Wednesday, January 12, 2011

Wow...nak join GT128 Riders la.....hehe

wah2, nampaknye saya nak jadi GTrians jugak nampaknyer.... 
boleh gi jalan2 tenangkan hati yang lara ni..haha
sajer jer update ni... lame dok update...hehe
cun x? hehe

Green Arrow
Layari:
www.gt128riders.com -untuk menyertai aktiviti2 sihat
www.syok.org - untuk sape2 yg ingin dolop movie atau info2 terkini