Wahai Zulkifli

Assalamu'alaikum...Semoga ruangan ini memberi sedikit manfaat dan berkongsi cerita dengan anda semua..ehehe

Monday, December 20, 2010

Ku Gembira Ku Bahagia......

Tak pernah kurasakan sebahagia ini
Di saat bertemu dengan pujaan hati
Seorang gadis yang selalu hadir dimimpi
Dan kini bukanlah mimpi
Ia menyapaku
Dan menjabat tanganku
Korus
Ku bahagia
Ku bahagia
Di saat ini
Ku gembira
Ku gembira
Di hari ini
Gembira
Bahagia
Huuuuuuuwahuuuu
Gembira
Bahagia
Huuuuuuuwaaahuuuu
Tak pernah kurasakan sebahagia ini
Di saat bertemu dengan pujaan hati
Seorang gadis yang selalu hadir dimimpi
Dan kini bukanlah mimpi
Ia menyapaku
Dan menjabat tanganku
Korus
Ku bahagia
Ku bahagia
Di saat ini
Ku gembira
Ku gembira
Di hari ini
Namun sayang waktu memisahkan kita
Di saat kita bersama
Namun ku yakini satu hari nanti
Kita akan berjumpa kembali
Korus
Ku bahagia
Ku bahagia
Di saat ini
Ku gembira
Ku gembira
Di hari ini
Ku bahagia
Ku bahagia
Di saat ini
Ku gembira
Ku gembira
Di hari ini
Ku bahagia
Ku bahagia
Di saat ini
Ku gembira
Ku gembira
Di hari ini
Gembira
Bahagia
Gembira
Bahagia



Monday, December 13, 2010

My studio my office my hobby...huhu

Sekadar perkongsian...
ruang berkarya......
Ruang ini la yang selalu digunakan oleh aku dalam mengisi masa lapang, huhu... kadang digunakan sewaktu mempunyai masalah...hehe. Ape2 pun, kita kena selalulah memohon kepadaNya. InsyaAllah.

Belakang umah yg mencetuskan ilham dan idea2...hehe
Apa yang paling penting untuk kita semua, janganlah mudah mengalah dengan ujian yang diberikan kepada kita. Setiap ujian itu sebenarnya mempunyai hikmah yang belum kita tidak ketahui, sentiasalah mengingatiNya kerana Dia sahaja yang tahu apa yang akan terjadi kepada kita pada masa hadapan, Semoga kita diberi rahmatNya sentiasa. InsyaAllah..

Tuesday, December 7, 2010

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Khas untuk sahabat2 ku....


Dalam dunia ini kita tak punya sesiapa, kecuali diri sendiri…tetapi…dalam kita bersendirian kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tak menepati janjinya. Kita tak memberi dia peluang untuk menjelaskan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tak tepati. Kita beri seribu alasan memaksa dia terima alasan kita, waktu itu terfikirkah kita perasaannya…? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa …tetapi kita sering terlupa untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin di kongsi bersama kita. Pernahkan kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan daan berita gembiranya…? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah …? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh jadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak rebah…? Bolehkah kita menjadi bahu untuk bersandar harapan…? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita… Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih, dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu… kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan …kita tak tahu…tetapi…jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…

“HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA”

Semoga Persahabatan kita semua berkekalan....InsyaAllah











Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H

Alhamdulillah.... pejam celik sekejap je masa berlalu. Sempena kehadiran tahun baru Islam ini saya ingin mengucapkan semoga anda semua sentiasa sihat dan bahagia sentiasa. Sempena bulan muharam ini juga mari la kita berpuasa seperti yang diriwayatkan;


“Puasa yg paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim dr Abu Hurairah r.a.)


Sama2 la kita amalkannya....:)


Sebelum tahun baru tu meh la kita baca doa ni dulu selepas asar dan selepas mahgrib



Doa Akhir Tahun (Baca selepas solat Asar 29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010 - Isnin) :


 Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun (Baca selepas solat Maghrib 6 Disember 2010 - Isnin) :


Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Amin...

Renung2kan dan selamat beramal...  : )



Sunday, December 5, 2010

Perjalanan ke Kota Bharu...Majlis Kawin (bukan Saya)hihi

Assalamu'alaikum (4/12/2010)
Wah wah wah....! semakin hari semakin ramai yang kawin, semuanya dah semakin dewasa, Ape pun selamat Pengantin Baru kepada Ain dan Suami, semoga berbahagia ke akhir hayat... Amin. Perjalan yang mengambil masa agak lama kerana faktor semula jadi dan masalah. Apa yang dirancang ingin bertolak dari rumah pada 8 pagi. tetapi lain pula yang jadinya, bertolaknya kami ke sana menjadi pukul 10 pagi...hihi. kenapa terlambat, saya pergi tampal tayar bocor dulu...ishk3...kedai tayar pun buka lambat..huhu
Selamat Pengantin Baru Ain dan Ridhwan!

Dari Kiri Amy, Zul, Ain dan Jik......:)

Sepanjang perjalanan, satu kejadian telah berlaku dimana satu kemalangan kereta betul2 berlaku didepan kereta yang kami naik. Sebuah kancil yg dibawa laju telah melanggar bontot kereta honda civic, Alhamdullilah, kami semua selamat kerana saya dengan izin Allah saya dapat membrek kereta dengan cepat dan mantap..hehe.

Setelah sampai disana, kami telah bergambar dengan pengantin perempuan,hehe(gatainyer aku), stelah bergambar kami telah dihidangkan sesuatu yg istimewa iaitu cara makanan dihidangkan. Mereka menghidangkan makanan seperti zaman2 dahulu iaitu org panggil makan berhidang..hehe. 

hehe... :)

Sebelum pulang, kami sempat singgah ke Masjid Muhammadi yang terletak ditengah2 bandar Kota Bharu, untuk menunaikan tuntutan Ilahi...:)


Dalam perjalanan Pulang, kami pulanglah.... singgah kat Jabi, Jerteh sekejap untuk beli sate jabi, untuk ayahanda kesayangan yang ditinggalkan keseorangan...hehe. kerna mak saya pun jalan2 ke KL...hhihi Alhamdulillah Kami semua selamat sampai ke Rumah masing2 pada pukul 11 malam.

Ok la, sampai disini dulu, :)

Thursday, December 2, 2010

Tips keluarga bahagia..hehe

hehehe....jgn minum dgn arnab doh...ahaks!
anda ingin bahagia bersama2 keluarga? mahu lebih rapat dan mesra? salah satu caranya....huuhu. Nak bahagia ni bukannya susah sebenarnya, kita kenalah sentiasa berdoa kepadaNya. nak tau ye, tipsnya ialah setiap kali kita minum air lazimnya kita mempunyai cawan,gelas atau mug sendiri kan, untuk menambah kebahagiaan bersama keluarga, gunalah gelas atau cawan yang sama dengan ibu bapa kita mahupun adik beradik kita. hehe. Asbab melakukannya InsyaAllah kita akan lebih rapat bersama keluarga, cubalah, saya telah pun mencubanya...hehe. ini hanyalah sekadar perkongsian. sharing is caring..hehe. Semoga anda mencubanya....hihihi...cuba jangan x cuba..hik3....

*Dr Fadhilah pun ade kate gitu...hihihi :p