Wahai Zulkifli

Assalamu'alaikum...Semoga ruangan ini memberi sedikit manfaat dan berkongsi cerita dengan anda semua..ehehe

Monday, November 29, 2010

Pesan Sahabat

Kepada semua rakan2 yang sedang mengalami masalah, tak kisahlah masalah apa sekalipun. Jangan lupa ingat padaNya, jangan pula masa susah jer ingat yer. Kalau yang sakit2 tu, buatla solat hajat minta disembuhkan, pastu baru makan ubat...InsyaAllah. Kepada yang mempunyai masalah lain2 plak, cuba solat hajat, minta la dilapangkan dada dan tenangkan hati..InsyaAllah.... 5 tahun dahulu pesanan ini saya terima dari seorang kawan dan telah membawa perubahan (asbab) dalam kehidupan saya. Wallahualam. :)

Testing2.......saya tak nak kalah lagi!

I can do it!!!!!!
Saya akan cuba untuk berusaha lagi....InsyaAllah... Saya akan lakukan yang terbaik. Terima Kasih atas sokongan semua...... Semoga ibu bapa saya sentiasa sihat. :)

Thursday, November 25, 2010

Teringat kenangan lama

Sedang asyik melihat perlawanan skuasy di tv, tiba2 kenangan lama muncul dalam minda saya...haha
teringat masa sekolah rendah dulu diSKPCT, masa tu darjah 4. Masa tu merupakan waktu rehat jadi masa tu la peluang nak main. Apa yg dimain ye? mase tu kitaorang main bola katok(besbol). Semasa main2 tu siap belari2 lagi. bola yang kita orang gunakan hari tu ialah bola tenis. kenapalah hari, biasanya guna bola kertas jer..ishk3.... Apa yang tak boleh dilupakan ialah semasa kawan saya membuat pukulan....wah! memang hebat pukulannya. Apabila pukulan dibuat, saya terasa ade sesuatu menerjah kemataku....hahaha... sakit yg teramat sangat. Rupanya bola tenis yang berkelajuan tinggi telah singgah ke mataku...fuh....aku terdiam seketika.... walaupun aku hebat kerana tak kate sakit...tiba2 air mataku bercucuran keluar...hahaha...sakitnyer... mate ku telah bengkak seolah2 saya baru saja dipukul suami orang...haha.  sampai disini dulu. oh yer...klaulah saya jumpa yang pukul bola tu....ermmm...tengoklah ape yang berlaku....hihi \. Semoga sihat2 dan ceria selalu. :)

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya AidilAdha...hanya bertiga

Selamat Hari Raya AidilAdha saya ucapkan. Hari raya kali ini hanya disambut bertiga sahaja. kesemua abang2 dan kakak2 semuanya tidak dapat pulang beraya di kampung halaman kerana cuti yang terlalu singkat. Maklumla mereka semua sudah mempunyai keluarga masing2 kerana hanya aku yg masih bujang..hehe. Mereka juga jauh dari kampung halaman tentulah sukar. Tapi aku paham dengan keadaan disana.hehe. Menu hari raya kami ialah nasi himpit kuah kacang dan gulai ikan. kacang telah digoreng oleh saya dan sedikit hangus. hehe

Sambil2 termenung dipintu, Kesayuan hati juga bermain didalam hatiku. Ditambah pula dengan mengingati masa2 silam ketika bermain harapan cinta. Semuanya tinggal kenangan manis yang tidak akan aku lupakan. kadang2 datang juga perasaan sentimental dan perlu juga dilayan. hehe. Tapi, sekarang aku akan teruskan perjuangan baru dan terus dan terus berjuang. Kepada seseorang dan sayangi, dan telah menjadi sahabat saya kini.... belajar rajin2, supaya dapat ijazah, ingat pesan umi dan walid.... dan semoga awak sentiasa bahagia. 

Cuma yang penting, hargailah pengorbanan ibubapa kita kerana merekalah yang banyak melakukan pengorbanan terhadap kita sehingga la dewasa. Hari raya kali ini juga yang betul2 menguji airmata seorang anak dan lelaki.

Sunday, November 14, 2010

Alhamdulillah....

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana selesai sudah exam... yg ketiga kalinya..hehe, walaupun terpaksa buat pilihan. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada yang menyokong terutamanya keluarga dan rakan yang memberi semangat...(ingat...semua exam penting)..huhu. kepada semua saya harap sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan slalu...

Thursday, November 4, 2010

Terima Kasih Semua

Baru-baru ini saya telah di uji dengan ujian kehidupan yang boleh melemahkan saya, ujian yang agak berat ketika itu memang betul melemahkan semangat, emosi yang tidak stabil dan macam2 lagi. Alhamdulillah, saya mempunyai kawan yang betul2 membantu saya dalam kesulitan itu. saya sangat2 berterima kasih kepada mereka yang selalu menghiburkan hati yang penuh keseksaan(cewah), Kepada Emi, Jik, Jo, Mamat, Mat Lif dan Chot, terima kasih sangat kerana sudi hiburkan hati ini. Walaupun korang x tahu..hihi. Semoga korang sentiasa dimurahkan rezki. Kpd Kak Mar dan juga Sha yg sudi meluangkan masa YM dengan lelaki yang menyusahkan korang...hahaha... pening la korang layan aku ni..haha. Terima Kasih banyak2.

Dan... tidak lupa juga sorang lagi....hehe, betol2 muncul diwaktu semasa saya kesusahan... haha. Terima kasih Ustazah, eh Mak Datin la...(jgn marah) yang sudi jadi kawan saya semasa memerlukan. walaupun x tahu saya ade masalah..haha... walaupun sebelum ini jarang berhubung, tapi kali ia sangat membantu. Terima kasih kepada Mak Datin(jgn marah) yang sudi melayan saya dan gembirakan hati saya dengan pelbagai acara menarik..haha ape2 la... walaupun di alam maya semata. Terima Kasih Wan, yang buat saya tak kering gusi...hhaha... sekarang saya dah ok dah... dan kamu berjaya melupakan minda saya dari masalah lama... spongebob oh spongebob...So, sangat2 berharap semua ni kekal dan tidak menjadi lipatan sejarah semata2....haha. 


Tidak lupa juga kepada famli dan anak2 buah yang menghiburkan hati...supaya sentiasa gembira. Terima Kasih Mak dan Ayah. Walaupun semuaa orang tak tahu masalah saya, tapi semua orang ni muncul masa diperlukan.  Walaupun semua tak tahu masalah saya... biarlah rahsia! haha.

Terima Kasih semua yang sudi membantu walaupun tak tahu kamu semua sedang membantu...
Terima Kasih!!! Love U All.... <3

Tuesday, November 2, 2010

Ceriakan hari anda senyuman.....

Assalamu'alaikum
Semoga sihat2 selalu kepada semua yg sudi membaca petikan ini..hihi. Insan yg cemerlang bermula dari akal dan hati yang bersih ye. Barulah kita akan merasai keceriaan dalam hidup. Jangan lupa pagi2 lagi bangum dan cubalah senyum depan cermin. Jangan pula bermuncung pada pagi hari..haha. nampak macam burung puchong..
Berbalik kepada keceriaan, dalam perjalan ke tempat keje juga perlulah rasa kemaafan barulah ceria sentiasa. satu lagi, janganlah diungkit perkara2 yang lepas kerana sedikit sebanyak mengurangkan keceriaan anda. hehe,
cubalah selalu senyum dengan rakan2 supaya hati sentiasa tenang. dan yang paling penting banyakkan berdoa untuk ketenangan hati kita. disini saje. hehe
 sekian...