Wahai Zulkifli

Assalamu'alaikum...Semoga ruangan ini memberi sedikit manfaat dan berkongsi cerita dengan anda semua..ehehe

Friday, December 30, 2011

Kata Kata Lain Hati Kata Lain

kadang2 seseorang lelaki atau perempuan itu berkata2 dengan keluar dari mulutnya. Dan apa perkataan yang keluar itu bukanlah sebenar dari hatinya.... Entahlah, mungkin ingin mengelakkan seberang kesalah fahaman antara mereka. Apabila mendengar berita yang kurang menyenangkan, kadang2 kita tidak akan  menyatakan apa yang terbuku dihati kita. hmmmm... Demi kebahagiaan orang lain juga kita menyatakan perkara yang berbeza dan mengiyakan walaupun kita tidak menyukai seseuatu perkara itu dari dalam hati kita. 


Wednesday, December 28, 2011

tok tek tok tek....sekejap je masa berlalu...

Wah,... cepat benar masa berlalu.... pejam celik dah nak masuk tahun 2012. Umur pun dah meningkat tua, kawin pun belum lagi... sedikit mase lagi stabil la kehidupan ni. Hmmm... kiranya dah masuk 2 bulan bekerja dengan NAJ Corporation Sdn Bhd... nak kata sibuk pun tak juga,,, gaji pun berbaloi la... tp semua keje kena buat. Haish! kwsp dan perkeso pun sykt tak daftar lagi.. semua kena buat sendiri. pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan pelbagai lagi. oh ye.. projek pun kena jenguk2 juga. walaubagaimanapun, pejabat still dalam proses pembinaan, dah siap 95%. Sikit lagi siap la... ape2 pun setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah ibadah... Selamat bekerja!!!

Ni lah logo syarikat ....huhu