Wahai Zulkifli

Assalamu'alaikum...Semoga ruangan ini memberi sedikit manfaat dan berkongsi cerita dengan anda semua..ehehe

Tuesday, December 7, 2010

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Khas untuk sahabat2 ku....


Dalam dunia ini kita tak punya sesiapa, kecuali diri sendiri…tetapi…dalam kita bersendirian kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tak menepati janjinya. Kita tak memberi dia peluang untuk menjelaskan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tak tepati. Kita beri seribu alasan memaksa dia terima alasan kita, waktu itu terfikirkah kita perasaannya…? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa …tetapi kita sering terlupa untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin di kongsi bersama kita. Pernahkan kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan daan berita gembiranya…? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah …? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh jadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak rebah…? Bolehkah kita menjadi bahu untuk bersandar harapan…? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita… Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih, dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu… kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan …kita tak tahu…tetapi…jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…

“HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA”

Semoga Persahabatan kita semua berkekalan....InsyaAllah