Wahai Zulkifli

Assalamu'alaikum...Semoga ruangan ini memberi sedikit manfaat dan berkongsi cerita dengan anda semua..ehehe

Monday, December 20, 2010

Ku Gembira Ku Bahagia......

Tak pernah kurasakan sebahagia ini
Di saat bertemu dengan pujaan hati
Seorang gadis yang selalu hadir dimimpi
Dan kini bukanlah mimpi
Ia menyapaku
Dan menjabat tanganku
Korus
Ku bahagia
Ku bahagia
Di saat ini
Ku gembira
Ku gembira
Di hari ini
Gembira
Bahagia
Huuuuuuuwahuuuu
Gembira
Bahagia
Huuuuuuuwaaahuuuu
Tak pernah kurasakan sebahagia ini
Di saat bertemu dengan pujaan hati
Seorang gadis yang selalu hadir dimimpi
Dan kini bukanlah mimpi
Ia menyapaku
Dan menjabat tanganku
Korus
Ku bahagia
Ku bahagia
Di saat ini
Ku gembira
Ku gembira
Di hari ini
Namun sayang waktu memisahkan kita
Di saat kita bersama
Namun ku yakini satu hari nanti
Kita akan berjumpa kembali
Korus
Ku bahagia
Ku bahagia
Di saat ini
Ku gembira
Ku gembira
Di hari ini
Ku bahagia
Ku bahagia
Di saat ini
Ku gembira
Ku gembira
Di hari ini
Ku bahagia
Ku bahagia
Di saat ini
Ku gembira
Ku gembira
Di hari ini
Gembira
Bahagia
Gembira
Bahagia



Monday, December 13, 2010

My studio my office my hobby...huhu

Sekadar perkongsian...
ruang berkarya......
Ruang ini la yang selalu digunakan oleh aku dalam mengisi masa lapang, huhu... kadang digunakan sewaktu mempunyai masalah...hehe. Ape2 pun, kita kena selalulah memohon kepadaNya. InsyaAllah.

Belakang umah yg mencetuskan ilham dan idea2...hehe
Apa yang paling penting untuk kita semua, janganlah mudah mengalah dengan ujian yang diberikan kepada kita. Setiap ujian itu sebenarnya mempunyai hikmah yang belum kita tidak ketahui, sentiasalah mengingatiNya kerana Dia sahaja yang tahu apa yang akan terjadi kepada kita pada masa hadapan, Semoga kita diberi rahmatNya sentiasa. InsyaAllah..

Tuesday, December 7, 2010

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Khas untuk sahabat2 ku....


Dalam dunia ini kita tak punya sesiapa, kecuali diri sendiri…tetapi…dalam kita bersendirian kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tak menepati janjinya. Kita tak memberi dia peluang untuk menjelaskan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tak tepati. Kita beri seribu alasan memaksa dia terima alasan kita, waktu itu terfikirkah kita perasaannya…? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa …tetapi kita sering terlupa untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin di kongsi bersama kita. Pernahkan kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan daan berita gembiranya…? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah …? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh jadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah agar tidak rebah…? Bolehkah kita menjadi bahu untuk bersandar harapan…? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita… Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih, dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu… kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan …kita tak tahu…tetapi…jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…

“HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA”

Semoga Persahabatan kita semua berkekalan....InsyaAllah











Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H

Alhamdulillah.... pejam celik sekejap je masa berlalu. Sempena kehadiran tahun baru Islam ini saya ingin mengucapkan semoga anda semua sentiasa sihat dan bahagia sentiasa. Sempena bulan muharam ini juga mari la kita berpuasa seperti yang diriwayatkan;


“Puasa yg paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim dr Abu Hurairah r.a.)


Sama2 la kita amalkannya....:)


Sebelum tahun baru tu meh la kita baca doa ni dulu selepas asar dan selepas mahgrib



Doa Akhir Tahun (Baca selepas solat Asar 29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010 - Isnin) :


 Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun (Baca selepas solat Maghrib 6 Disember 2010 - Isnin) :


Maksudnya:

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Amin...

Renung2kan dan selamat beramal...  : )



Sunday, December 5, 2010

Perjalanan ke Kota Bharu...Majlis Kawin (bukan Saya)hihi

Assalamu'alaikum (4/12/2010)
Wah wah wah....! semakin hari semakin ramai yang kawin, semuanya dah semakin dewasa, Ape pun selamat Pengantin Baru kepada Ain dan Suami, semoga berbahagia ke akhir hayat... Amin. Perjalan yang mengambil masa agak lama kerana faktor semula jadi dan masalah. Apa yang dirancang ingin bertolak dari rumah pada 8 pagi. tetapi lain pula yang jadinya, bertolaknya kami ke sana menjadi pukul 10 pagi...hihi. kenapa terlambat, saya pergi tampal tayar bocor dulu...ishk3...kedai tayar pun buka lambat..huhu
Selamat Pengantin Baru Ain dan Ridhwan!

Dari Kiri Amy, Zul, Ain dan Jik......:)

Sepanjang perjalanan, satu kejadian telah berlaku dimana satu kemalangan kereta betul2 berlaku didepan kereta yang kami naik. Sebuah kancil yg dibawa laju telah melanggar bontot kereta honda civic, Alhamdullilah, kami semua selamat kerana saya dengan izin Allah saya dapat membrek kereta dengan cepat dan mantap..hehe.

Setelah sampai disana, kami telah bergambar dengan pengantin perempuan,hehe(gatainyer aku), stelah bergambar kami telah dihidangkan sesuatu yg istimewa iaitu cara makanan dihidangkan. Mereka menghidangkan makanan seperti zaman2 dahulu iaitu org panggil makan berhidang..hehe. 

hehe... :)

Sebelum pulang, kami sempat singgah ke Masjid Muhammadi yang terletak ditengah2 bandar Kota Bharu, untuk menunaikan tuntutan Ilahi...:)


Dalam perjalanan Pulang, kami pulanglah.... singgah kat Jabi, Jerteh sekejap untuk beli sate jabi, untuk ayahanda kesayangan yang ditinggalkan keseorangan...hehe. kerna mak saya pun jalan2 ke KL...hhihi Alhamdulillah Kami semua selamat sampai ke Rumah masing2 pada pukul 11 malam.

Ok la, sampai disini dulu, :)

Thursday, December 2, 2010

Tips keluarga bahagia..hehe

hehehe....jgn minum dgn arnab doh...ahaks!
anda ingin bahagia bersama2 keluarga? mahu lebih rapat dan mesra? salah satu caranya....huuhu. Nak bahagia ni bukannya susah sebenarnya, kita kenalah sentiasa berdoa kepadaNya. nak tau ye, tipsnya ialah setiap kali kita minum air lazimnya kita mempunyai cawan,gelas atau mug sendiri kan, untuk menambah kebahagiaan bersama keluarga, gunalah gelas atau cawan yang sama dengan ibu bapa kita mahupun adik beradik kita. hehe. Asbab melakukannya InsyaAllah kita akan lebih rapat bersama keluarga, cubalah, saya telah pun mencubanya...hehe. ini hanyalah sekadar perkongsian. sharing is caring..hehe. Semoga anda mencubanya....hihihi...cuba jangan x cuba..hik3....

*Dr Fadhilah pun ade kate gitu...hihihi :p

Monday, November 29, 2010

Pesan Sahabat

Kepada semua rakan2 yang sedang mengalami masalah, tak kisahlah masalah apa sekalipun. Jangan lupa ingat padaNya, jangan pula masa susah jer ingat yer. Kalau yang sakit2 tu, buatla solat hajat minta disembuhkan, pastu baru makan ubat...InsyaAllah. Kepada yang mempunyai masalah lain2 plak, cuba solat hajat, minta la dilapangkan dada dan tenangkan hati..InsyaAllah.... 5 tahun dahulu pesanan ini saya terima dari seorang kawan dan telah membawa perubahan (asbab) dalam kehidupan saya. Wallahualam. :)

Testing2.......saya tak nak kalah lagi!

I can do it!!!!!!
Saya akan cuba untuk berusaha lagi....InsyaAllah... Saya akan lakukan yang terbaik. Terima Kasih atas sokongan semua...... Semoga ibu bapa saya sentiasa sihat. :)

Thursday, November 25, 2010

Teringat kenangan lama

Sedang asyik melihat perlawanan skuasy di tv, tiba2 kenangan lama muncul dalam minda saya...haha
teringat masa sekolah rendah dulu diSKPCT, masa tu darjah 4. Masa tu merupakan waktu rehat jadi masa tu la peluang nak main. Apa yg dimain ye? mase tu kitaorang main bola katok(besbol). Semasa main2 tu siap belari2 lagi. bola yang kita orang gunakan hari tu ialah bola tenis. kenapalah hari, biasanya guna bola kertas jer..ishk3.... Apa yang tak boleh dilupakan ialah semasa kawan saya membuat pukulan....wah! memang hebat pukulannya. Apabila pukulan dibuat, saya terasa ade sesuatu menerjah kemataku....hahaha... sakit yg teramat sangat. Rupanya bola tenis yang berkelajuan tinggi telah singgah ke mataku...fuh....aku terdiam seketika.... walaupun aku hebat kerana tak kate sakit...tiba2 air mataku bercucuran keluar...hahaha...sakitnyer... mate ku telah bengkak seolah2 saya baru saja dipukul suami orang...haha.  sampai disini dulu. oh yer...klaulah saya jumpa yang pukul bola tu....ermmm...tengoklah ape yang berlaku....hihi \. Semoga sihat2 dan ceria selalu. :)

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya AidilAdha...hanya bertiga

Selamat Hari Raya AidilAdha saya ucapkan. Hari raya kali ini hanya disambut bertiga sahaja. kesemua abang2 dan kakak2 semuanya tidak dapat pulang beraya di kampung halaman kerana cuti yang terlalu singkat. Maklumla mereka semua sudah mempunyai keluarga masing2 kerana hanya aku yg masih bujang..hehe. Mereka juga jauh dari kampung halaman tentulah sukar. Tapi aku paham dengan keadaan disana.hehe. Menu hari raya kami ialah nasi himpit kuah kacang dan gulai ikan. kacang telah digoreng oleh saya dan sedikit hangus. hehe

Sambil2 termenung dipintu, Kesayuan hati juga bermain didalam hatiku. Ditambah pula dengan mengingati masa2 silam ketika bermain harapan cinta. Semuanya tinggal kenangan manis yang tidak akan aku lupakan. kadang2 datang juga perasaan sentimental dan perlu juga dilayan. hehe. Tapi, sekarang aku akan teruskan perjuangan baru dan terus dan terus berjuang. Kepada seseorang dan sayangi, dan telah menjadi sahabat saya kini.... belajar rajin2, supaya dapat ijazah, ingat pesan umi dan walid.... dan semoga awak sentiasa bahagia. 

Cuma yang penting, hargailah pengorbanan ibubapa kita kerana merekalah yang banyak melakukan pengorbanan terhadap kita sehingga la dewasa. Hari raya kali ini juga yang betul2 menguji airmata seorang anak dan lelaki.

Sunday, November 14, 2010

Alhamdulillah....

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana selesai sudah exam... yg ketiga kalinya..hehe, walaupun terpaksa buat pilihan. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada yang menyokong terutamanya keluarga dan rakan yang memberi semangat...(ingat...semua exam penting)..huhu. kepada semua saya harap sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan slalu...

Thursday, November 4, 2010

Terima Kasih Semua

Baru-baru ini saya telah di uji dengan ujian kehidupan yang boleh melemahkan saya, ujian yang agak berat ketika itu memang betul melemahkan semangat, emosi yang tidak stabil dan macam2 lagi. Alhamdulillah, saya mempunyai kawan yang betul2 membantu saya dalam kesulitan itu. saya sangat2 berterima kasih kepada mereka yang selalu menghiburkan hati yang penuh keseksaan(cewah), Kepada Emi, Jik, Jo, Mamat, Mat Lif dan Chot, terima kasih sangat kerana sudi hiburkan hati ini. Walaupun korang x tahu..hihi. Semoga korang sentiasa dimurahkan rezki. Kpd Kak Mar dan juga Sha yg sudi meluangkan masa YM dengan lelaki yang menyusahkan korang...hahaha... pening la korang layan aku ni..haha. Terima Kasih banyak2.

Dan... tidak lupa juga sorang lagi....hehe, betol2 muncul diwaktu semasa saya kesusahan... haha. Terima kasih Ustazah, eh Mak Datin la...(jgn marah) yang sudi jadi kawan saya semasa memerlukan. walaupun x tahu saya ade masalah..haha... walaupun sebelum ini jarang berhubung, tapi kali ia sangat membantu. Terima kasih kepada Mak Datin(jgn marah) yang sudi melayan saya dan gembirakan hati saya dengan pelbagai acara menarik..haha ape2 la... walaupun di alam maya semata. Terima Kasih Wan, yang buat saya tak kering gusi...hhaha... sekarang saya dah ok dah... dan kamu berjaya melupakan minda saya dari masalah lama... spongebob oh spongebob...So, sangat2 berharap semua ni kekal dan tidak menjadi lipatan sejarah semata2....haha. 


Tidak lupa juga kepada famli dan anak2 buah yang menghiburkan hati...supaya sentiasa gembira. Terima Kasih Mak dan Ayah. Walaupun semuaa orang tak tahu masalah saya, tapi semua orang ni muncul masa diperlukan.  Walaupun semua tak tahu masalah saya... biarlah rahsia! haha.

Terima Kasih semua yang sudi membantu walaupun tak tahu kamu semua sedang membantu...
Terima Kasih!!! Love U All.... <3

Tuesday, November 2, 2010

Ceriakan hari anda senyuman.....

Assalamu'alaikum
Semoga sihat2 selalu kepada semua yg sudi membaca petikan ini..hihi. Insan yg cemerlang bermula dari akal dan hati yang bersih ye. Barulah kita akan merasai keceriaan dalam hidup. Jangan lupa pagi2 lagi bangum dan cubalah senyum depan cermin. Jangan pula bermuncung pada pagi hari..haha. nampak macam burung puchong..
Berbalik kepada keceriaan, dalam perjalan ke tempat keje juga perlulah rasa kemaafan barulah ceria sentiasa. satu lagi, janganlah diungkit perkara2 yang lepas kerana sedikit sebanyak mengurangkan keceriaan anda. hehe,
cubalah selalu senyum dengan rakan2 supaya hati sentiasa tenang. dan yang paling penting banyakkan berdoa untuk ketenangan hati kita. disini saje. hehe
 sekian...

Friday, October 29, 2010

Study Week....hehe

klu ikut ni minggu stdy week utk saya...(haaha.. mcm student lagi jer), siap suh member beli ebook PTD, ntah baca tidak, tapi kali ni saya nekad nak study betol2... Nak bg lulus gitu, walaupun sangat sukar..hehe. smbil2 stdy nie ade jgak survey2 keje sekitar KT, jadi kerani pon jadilah...but.... semuanya nak pakai kerani perempuan...Ishk3, ape2 pon kena stdy rajin2... I can do it..hehe. InsyaAllah.

Hari ni 29hb, member aku dah kawin, aku gi kenduri dia, lama x makan nasik minyak, best gak,.. hmm.. rupanya dah tua dah aku, member pon dah 2 3 orang kawin..aku bila laa, diri sendiri tak stabil lagi..hehe, keje ntah kemana...ishk2. Semoga pengantin baru itu bahagia sehingga ke akhir hayat...Amin

Ape nak buat cuti ni yer..ishk3.. semua member busy minggu ni...hmmm  Ape lagi nk buat ye, Study la kot..hehe

sekian utk hari ini..

Wednesday, October 27, 2010

Exam PTD

Alhamdulillah, bukan main lame tunggu surat ni, lepas ni kena la study skit, hope exam ni boleh saya menjawab dengan baik, walaupun mcm susah. Tp InsyaAllah saya akan lakukan dengan sebaik mungkin untuk peperiksaan ini. Kepada rakan2 di luar sana tentu dapat jugak surat ni, Semoga saya dan rakan2 dapat menjawab peperiksaan ini... InsyaAllah.... Doakan saya yer... :)

Sunday, October 24, 2010

Berharap Kepada Yang Tak Punya


"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?
Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan. Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan. Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan. Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.
Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapanAllah tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi? Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan. Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi. Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri. Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam. Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah. Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan? Harapan tak tertunai, bahkan Iman terungkai-rungkai ikatannya. "Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda. Hanya aku seorang yang boleh diharapkan" Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan. Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?
Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan. Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia. Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut. Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.
Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.
Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar. Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah. Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.
Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.
Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?
Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.
"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan" Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.
Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan. Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta. Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.
Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah. Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan. Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya. Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." -Al-Insyirah: 7-8
Wallahua'lam.

Dipetik dari I Luv Islam.com

Thursday, October 21, 2010

Selamat Semua

Assalamualaikum.
Dah beberapa hari sudah diupdate blog ni, komitment lain telah muncul, jadi x dapat nak kongsi apa2.hehe
Apa yang nak dikatakan hari ini ea? Apa yang pasti, saya nak ucapkan selamat untuk semua, selamat petang, malam, pengantin baru, beristirehat, melakukan perjalanan dan juga selamat menempuhi hidup ini. Semoga anda semua sihat2 selalu.

Sampai disini saja la, tak de ape nak kongsi...hehe

Thursday, October 14, 2010

Dan Bila Esok

Di dalam hati selalu tersimpan 
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan 
kau diam tanpa kata 
saatku ungkap semua rasa 

Di saat ku ingin dekat denganmu 
kau semakin jauh meninggalkanku 
dan kau diam tanpa kata 
saatku ucap semua rasa 

Dan bila esok kita kan bertemu kembali 
masihkah ada ruang di dalam hatimu 
tuk cinta yang pernah kita miliki 
tuk selama-lamanya 

Dan bila esok kita kan bertemu kembali 
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu 
tuk bisa menjagai hati ini 
tuk selama-lamanya 

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali 
masihkah ada ruang di dalam hatiku 
untuk cinta yang pernah engkau miliki 
untuk selama-lamanya 

Dan bila esok kita kan bertemu kembali 
masihkah ada ruang di dalam hatimu 
untuk cinta yang pernah kita miliki 
tuk selama-lamanya 

Dan bila esok kita kan bertemu kembali 
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu 
untuk bisa menjagai hati ini 
tuk selama-lamanya 

Dan bila esok kita kan bertemu kembali 
masihkah ada ruang di dalam hatimu 

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya 
Dan Bila Esok
http://www.youtube.com/watch?v=7_O8frmChPA

Wednesday, October 13, 2010

Saya Ceria

Haha... melihat kepada tajuk diatas betapa cerianyer tajuk tersebut. Hari berganti hari, pelbagai kesulitan yang kita tempuhi, dan setiap saat kita pasti memikirkan kesulitan tersebut. penatkan. Apapun yang berlaku sama ada baik atau buruk kita hendaklah menempuhinya dengan tabah. Berkat kesabaran kita, InsyaAllah akan diberi kemudahan urusan pada masa akan datang. Jangalah kita mengeluh dengan perkara yang kita tidak minati kerana itu mungkin ujian yang diturunkan untuk kita. begitu juga di alam pekerjaan yang lazimnya ada saja tugas yang diberikan tidak menepati citarasa kita, seharusnya kita haruslah bersyukur dengan tugas yang diberikan kerana masih ada lagi yang tidak mempunyai pekerjaan dan sangat memerlukan pekerjaan. oleh itu, kita kenalah sentiasa ceria selalu supaya tugas yang diberikan dapat disiapkan dengan baik. setiapkali kita kesedihan atau kesusahan, senyumlah dan menerima dan juga bersiap sedia untuk membaiki diri kita. Secara kesimpulan, janganlah kita bermasam muka dan katakan pada diri anda 'Saya Ceria'...hahahah... sudah abis,,,,

sajer jer ni cuba menjadi seorang kauselor yg tidak bertauliah.... klu lah pejal ade mesti best ni..ahahaha..

Sekian

Monday, October 11, 2010

Ini saya..ehehehe....

Memperkenalkan diri... Nama diberi Muhammad Zulkifli Awang, tinggal di kampung Durian Burung, hehe... seorang yang cool, kadang2 nakal, suka makan ayam...semua jenis lauk...heehehe... x penting tu. Masih mencari pekerjaan yang secocok. Hobi saya suka melukis komik, ilustrasi, pemandangan dan juga potret (Major Komik). hobi lain suka menembak cicak. best. sukakan sukan ganas seperti silat, moto, dan automobil....x yah la lebih2... aku tetap aku. dan apa yang paling aku harapkan ialah Semoga ibu bapaku sentiasa sihat. Aminn