Wahai Zulkifli

Assalamu'alaikum...Semoga ruangan ini memberi sedikit manfaat dan berkongsi cerita dengan anda semua..ehehe

Sunday, December 5, 2010

Perjalanan ke Kota Bharu...Majlis Kawin (bukan Saya)hihi

Assalamu'alaikum (4/12/2010)
Wah wah wah....! semakin hari semakin ramai yang kawin, semuanya dah semakin dewasa, Ape pun selamat Pengantin Baru kepada Ain dan Suami, semoga berbahagia ke akhir hayat... Amin. Perjalan yang mengambil masa agak lama kerana faktor semula jadi dan masalah. Apa yang dirancang ingin bertolak dari rumah pada 8 pagi. tetapi lain pula yang jadinya, bertolaknya kami ke sana menjadi pukul 10 pagi...hihi. kenapa terlambat, saya pergi tampal tayar bocor dulu...ishk3...kedai tayar pun buka lambat..huhu
Selamat Pengantin Baru Ain dan Ridhwan!

Dari Kiri Amy, Zul, Ain dan Jik......:)

Sepanjang perjalanan, satu kejadian telah berlaku dimana satu kemalangan kereta betul2 berlaku didepan kereta yang kami naik. Sebuah kancil yg dibawa laju telah melanggar bontot kereta honda civic, Alhamdullilah, kami semua selamat kerana saya dengan izin Allah saya dapat membrek kereta dengan cepat dan mantap..hehe.

Setelah sampai disana, kami telah bergambar dengan pengantin perempuan,hehe(gatainyer aku), stelah bergambar kami telah dihidangkan sesuatu yg istimewa iaitu cara makanan dihidangkan. Mereka menghidangkan makanan seperti zaman2 dahulu iaitu org panggil makan berhidang..hehe. 

hehe... :)

Sebelum pulang, kami sempat singgah ke Masjid Muhammadi yang terletak ditengah2 bandar Kota Bharu, untuk menunaikan tuntutan Ilahi...:)


Dalam perjalanan Pulang, kami pulanglah.... singgah kat Jabi, Jerteh sekejap untuk beli sate jabi, untuk ayahanda kesayangan yang ditinggalkan keseorangan...hehe. kerna mak saya pun jalan2 ke KL...hhihi Alhamdulillah Kami semua selamat sampai ke Rumah masing2 pada pukul 11 malam.

Ok la, sampai disini dulu, :)

1 comments:

hoooo... siap upload gmbr lg tu~~~ t'baik laaa... hehe