Wahai Zulkifli

Assalamu'alaikum...Semoga ruangan ini memberi sedikit manfaat dan berkongsi cerita dengan anda semua..ehehe

Wednesday, October 13, 2010

Saya Ceria

Haha... melihat kepada tajuk diatas betapa cerianyer tajuk tersebut. Hari berganti hari, pelbagai kesulitan yang kita tempuhi, dan setiap saat kita pasti memikirkan kesulitan tersebut. penatkan. Apapun yang berlaku sama ada baik atau buruk kita hendaklah menempuhinya dengan tabah. Berkat kesabaran kita, InsyaAllah akan diberi kemudahan urusan pada masa akan datang. Jangalah kita mengeluh dengan perkara yang kita tidak minati kerana itu mungkin ujian yang diturunkan untuk kita. begitu juga di alam pekerjaan yang lazimnya ada saja tugas yang diberikan tidak menepati citarasa kita, seharusnya kita haruslah bersyukur dengan tugas yang diberikan kerana masih ada lagi yang tidak mempunyai pekerjaan dan sangat memerlukan pekerjaan. oleh itu, kita kenalah sentiasa ceria selalu supaya tugas yang diberikan dapat disiapkan dengan baik. setiapkali kita kesedihan atau kesusahan, senyumlah dan menerima dan juga bersiap sedia untuk membaiki diri kita. Secara kesimpulan, janganlah kita bermasam muka dan katakan pada diri anda 'Saya Ceria'...hahahah... sudah abis,,,,

sajer jer ni cuba menjadi seorang kauselor yg tidak bertauliah.... klu lah pejal ade mesti best ni..ahahaha..

Sekian

0 comments: